Isnin, 28 September 2009

Resepi Kuzi


Bahan-bahan:
1 ekor ayam, jangan dipotong-potong
100 gm serbuk rempah kuzi
semangkuk santan @ Susu cair
100 gm bawang goreng
125 gm tomato puri
Minyak sapi/sayuran untuk menumis
100 gm bahan-bahan menumis (cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis)
sedikit kismis dan gajus digoreng


Cara:
Ayam digoreng tiga suku masak-ketepikan
Bahan-bahan menumis dikisar halus.
Panaskan minyak. Tumis rempah kuzi yang dibancuh bersama sedikit air hingga garing. Masukkan sos tomato. Biar sebentar baru dimasukkan ayam. Kacau rata.
Masukkan santan/susu cair, bawang goreng (diramas dahulu), kismis dan gajus goreng. Biar masak hingga pekat baru diangkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan