Isnin, 28 September 2009

Resepi Nasi Beriani


Bahan-bahan:
2 port beras basmathi - cuci & toskan
3 sudu marjerin
3 sudu minyak sapi
1 labu kecil bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
Kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga (bahan2 tumis)
2 sudu rempah beriani faiza
1 sudu jus oren
1 ketul kiub ayam1
1/2 cawan air
1 cawan susu cair

Cara:
1. Panaskan marjerin & minyak sapi di dalam rice cooker
2. Masukkan bahan2 tumis & bawang. Tumis hingga terbit bau.
3. Masukkan rempah beriani & tumis sebentar.
4. Kemudian masukkan air bersama susu cair. Setelah hampir mendidih, masukkan jus oren & kiub ayam.
5. Kacau sehingga air benar2 mendidih, masukkan beras. Kacau sedikit.
6. Letakkan semula periuk rice cooker ke tempatnya & biarkan sehingga nasi masak.
Boleh ditambah dgn kismis, gajus & daun pudina jika suka..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan