Khamis, 15 Oktober 2009

Nasi Ayam


NASI AYAM
Bahan 1 ekor ayam [potong 2]
4 tin susu beras AAA
5 ulas bawang putih[ketuk]
2 inci halia[ketuk]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 s/b kicap cair
2 helai daun pandan[disimpulkan]
.
Sayuran
Daun salad
timun
tomato
daun sup
daun bawang[racik]
bawang goreng
garam secukupnya
.
Sos Cili
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 s/b cuka atau jus limau nipis
gula & garam secukupnya
.
Cara membuat
1. Rebuskan ayam dalam periuk besar supaya tenggelam dengan halia, b/putih, k/k/manis, b/lawang, b/cengkih dan b/pelaga.
2. Bila sudah mendideh angkat dan toskan ayam.
3. Lumurkan kicap cair pada ayam dan bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 20 minit. [Boleh juga gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga masak]
4. Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.
5. Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam & carrot dan biarkan mendideh. Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air supaya dapat seimbangkan dengan hidangan nasi.
6. Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Rasakan masin & masam dan manisnya.
7. Ayam dan Sayur dipotong kecil.
9. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng.

Isnin, 28 September 2009

Kuih kacang

Bahan:
1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak garam secukup rasa
.
Bahan mesin :
5 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras
.
Cara:
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak. 4. Hidangkan dengan nasi impit.

Resepi Kuzi


Bahan-bahan:
1 ekor ayam, jangan dipotong-potong
100 gm serbuk rempah kuzi
semangkuk santan @ Susu cair
100 gm bawang goreng
125 gm tomato puri
Minyak sapi/sayuran untuk menumis
100 gm bahan-bahan menumis (cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis)
sedikit kismis dan gajus digoreng


Cara:
Ayam digoreng tiga suku masak-ketepikan
Bahan-bahan menumis dikisar halus.
Panaskan minyak. Tumis rempah kuzi yang dibancuh bersama sedikit air hingga garing. Masukkan sos tomato. Biar sebentar baru dimasukkan ayam. Kacau rata.
Masukkan santan/susu cair, bawang goreng (diramas dahulu), kismis dan gajus goreng. Biar masak hingga pekat baru diangkat.

Resepi Nasi Beriani


Bahan-bahan:
2 port beras basmathi - cuci & toskan
3 sudu marjerin
3 sudu minyak sapi
1 labu kecil bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
Kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga (bahan2 tumis)
2 sudu rempah beriani faiza
1 sudu jus oren
1 ketul kiub ayam1
1/2 cawan air
1 cawan susu cair

Cara:
1. Panaskan marjerin & minyak sapi di dalam rice cooker
2. Masukkan bahan2 tumis & bawang. Tumis hingga terbit bau.
3. Masukkan rempah beriani & tumis sebentar.
4. Kemudian masukkan air bersama susu cair. Setelah hampir mendidih, masukkan jus oren & kiub ayam.
5. Kacau sehingga air benar2 mendidih, masukkan beras. Kacau sedikit.
6. Letakkan semula periuk rice cooker ke tempatnya & biarkan sehingga nasi masak.
Boleh ditambah dgn kismis, gajus & daun pudina jika suka..

Selasa, 31 Mac 2009

Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin

Bahan-bahan:
Ikan patin
Daun kunyit
serai(dititik)
santan
asam keping
Garam secukup rasa
Tempoyak

Bahan kisar:
Cili merah
halia
kunyit hidup
Bawang putih
Bawang merah

Cara :
Panaskan minyak sedikit dan tumiskan bahan dikisar sehingga wangi.
  1. Tuangkan santan, serai,asam keping dan garam dan kacau sehingga kuah mendidih.
  2. Masukkan ikan patin dan daun kunyit dan biarkan ia mendidih lagi di atas api yg kecil.
  3. Akhir sekali masukkan tempoyak, gaul rata dan biar ia masak.
  4. Angkat dan hidangkan.

Tepung Pelita

Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras
1 biji kelapa diperah jadi
4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur
sedikit garam

Caranya:

  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  4. Bila dah masak masukkan dalam acuan.
  5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan dan boleh makan

Laksam & Kuah

Laksam:

Tepung beras 1 paket
Tepung gandum 3 atau 4 sudu besar
Air (tepung : air, 1:2)



Kuah:

Ikan Selayang/Sardin 4/5 ekor
Kelapa 1 biji
Lada hitam
Bawang merah
Halia
Asam Keping
Garam secukup rasa

Cara-cara buat laksam

  1. Bancuh tepung beras & gandum ngan air. Agak2 la, jgn terlalu pekat or cair.
  2. Senduk kan 1 atau 2 senduk dalam, tuangkan di atas tudung periuk atau loyang bulat.
  3. Kukuskan & bila adunan tu dh gelembung, masak la tu, gulung tepi laksam dengan sudu. Sejukkan dalam pinggan.
  4. Bila Sejuk baru potong.

Cara-cara buat kuah

  1. Rebus ikan
  2. Asingkan isi ikan dan tumbuk hingga lumat dengan lada hitam, bawang merah & sedikit halia.
  3. Masukkan santan & campur sume bahan tumbuk, asam keping & sedikit garam.
  4. Panaskan atas api. Jangan masak sampai mendidih.

Ulam:-Taugeh, Timun, Kobis, Kacang Panjang, Daun kesom

~

Mie Goreng Mamak

Bahan-bahan:
4 ulas bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih
60 gram udang
60 gram sotong
60 gram isi ayam
1 sudu besar pes cili
100 gram tauhu goreng
1 biji tomato
1 sudu kicap pekat
1 sudu kicap cair/manis
1 biji telur
140 gram/
1 bungkus mi kuning
3 sudu minyak masak
sedikit kucai, tauge @ sawi

Cara-cara:

  1. panaskan minayk, tumis bawang merah, putih dan pes cili sehingga naik bau
  2. Masukkan isi ayam sehingga agak masak kemudian masukkan sotonng dan udang
  3. Masukkan mie kuning dan semua bahan-bahan lain
  4. Sedia untuk dihidangkan

~

Bebola Ikan



Bahan-bahan:
1/2 kg ikan (kembung, tenggiri)
sedikit lada sulah
1 sudu kecil garam
tepung ubi @ jagung
air (untuk merebus)

cara-cara:
  1. ikan yang telah dibersihkan diasingkan isi daripada tulang dan dikisar halus tanpa air
  2. Campurkan isi ikan bersama lada sulah dan garam sehingga sebati, kemudian masukkan tepung sehingga adunan tidak melekat ditangan memasa menguli
  3. Didihkan air untuk merebus
  4. Bentukkan bebola ikan dan masukkan kedalam air yang sedang direbus
  5. Tunggu sehingga bebola ikan timbul dan bolehlah diangkat

*untuk buat sup bebola ikan - 3) tumis kuah, tambah rempah ratus @ gunakan perisa sup segera digunakan sebagai air rebusan. Untuk menambah selesa tambah Ubi kentang, lobak, suhun dan dry tofu.... .

~

Ikan Bakar air asam

Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung atau cencaru
1 biji tomato
10 biji cili padi
1 ulas bawang besar
2 sudu pes asam jawa
4 biji limau nipis/kasturi
sedikit belacan
sedikit garam
sedikit perisa
sedikit lada sulah

Cara-cara :
  1. bersihkan ikan dan letakkan garam dan sedikit lada sulah, perap dalam 1/2 jam dan dibakar.
  2. potong dadu tomata, bawang dan cili padi. Perah limau kasturi untuk dapatkan jusnya.
    hancurkan belacan dalam jus limau tersebut dan ditambah dengan pes asam jawa (boleh juga gunakan asam jawa berbiji dan dapatkan airnya)
  3. masukkan 2 sudu air masak (kalau gunakan air asam jawa, air tidak perlu ditambah).
  4. campurkan semua bahan yang telah dipotong tadi tambahkan sedikit perisa

~

puding koktail

Agar2 sebungkus(dlm 37.5g )
Telur 5 biji (asing 2 kuning telur utk kuah )
2 gelas air
1/2 tin susu manis

Kuah kastad:
Gula 1 cawan
Esen vanila 1 sudu teh
2 sudu besar Tepung Kastad
1 tin Susu cair
1/4 tin susu manis
Koktail 1 tin-asingkan air nya

Cara-cara:
  1. Masak agar2 dgn air. Biarkan sejuk seketika.
  2. Pukul telur hingga kembang. Masukkan susu manis.
  3. Masukkan agar2 tadi ke dalam bancuhan telur. Pukul lagi.
  4. .Tuangkan ke dalam acuan.
  5. Utk kuah kastad masukkan gula. esen vanila,tepung kastad yg dibancuh dgn air, susu cair,susu manis,air koktail dan kuning telur ke dalam periuk.
  6. Masak seketika. Kacau supaya tak berketul.
  7. Hidangkan. Hiaskan dgn buah2 koktail -

Sumber Koleksi terbaik nazacomp@gmail

~