Selasa, 31 Mac 2009

Masak Lemak Tempoyak Ikan Patin

Bahan-bahan:
Ikan patin
Daun kunyit
serai(dititik)
santan
asam keping
Garam secukup rasa
Tempoyak

Bahan kisar:
Cili merah
halia
kunyit hidup
Bawang putih
Bawang merah

Cara :
Panaskan minyak sedikit dan tumiskan bahan dikisar sehingga wangi.
  1. Tuangkan santan, serai,asam keping dan garam dan kacau sehingga kuah mendidih.
  2. Masukkan ikan patin dan daun kunyit dan biarkan ia mendidih lagi di atas api yg kecil.
  3. Akhir sekali masukkan tempoyak, gaul rata dan biar ia masak.
  4. Angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan